Fitnah... ?? Yakinilah Allah bersama kita...

“FITNAH”
Kita sebagai muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Oleh itu,kadang kala membuatkan kita rebah apabila ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Tapi ... beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah. Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, Alhamdulillah. Menyuruh orang bersabar bila diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya kn kn??.. hmmmm...

Wajar saja kita rasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Bersangka baiklah. Kita harus yakin, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa. Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat.
Kita jarang sekali nak muhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat kita kembali berfikir apakah salah silap kita selama ini. Itupun kalau kita sedar. Kalu tk sedar..?? hmmm..

Salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah. Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa. Kita selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita segara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullahalazim....  Ya Rabbi....
sama2 lah kita muhasabah diri... 
maas'salamah... 

terima kasih membaca ;)

tak senang hati.. =='

assalamualikum....
hyee peeps..!! pagi2 aq dh mgadap en. B?? y?? adohhhh...
 knp ye.. rase tak sedap hati... n semua lah..
hurrrrmmm.. pagi2 dh mngeluh... yaAllah...
mana kau hilang... mne kau pegi...??
datang lah semangat pagi2 ney...

risau sgt hati ney sebenarnya...
tbe2 lenyap.. knp..?? ad ap2 yang terjadi ker??
yang aq tk tau..  serius risau.. smpai skrg tk ad text n call...
aq call pun mailbox.. hurmm...

senyuman yang pura2 ney..
penyembuh hati yang tgh resah..pikirkan dye..
Allah... selamatkan hamba mu ini walau dimana pun iya berada..
hope tk ad ap2... n hope hnya sementra ..n hope dye baik2 je.. 
tk nk dgr berita yang tak baik... hmm
amin...

Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,



terima kasih membaca ;)

bile dilamar...bercinta selepas kahwin...??? =)

Asalamualaikum.. hyep2.. u all..... weee .. =)
eee sgt merindui en.B ney.... jgn majuk ea...
 dh lme tk luang kn mse ngn awok!! 
huuu.. so... pembaca2 entry sht tak.. ceehhh...
tbe2 an... terasa nk wujud kn stu isu "bercinta selepas kahwin"
mcm menarik an tajuk ney.... n terasa nk mcm ney kan kan.. 
acctly.......
indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan
yang menghargai dan mengalaminya...
tpi..bagi sesetengan manusia beranggapan percintaan selepas kahwin
tanpa mengenali dan bercinta sebelum berkahwin adlah mustahil untuk dikecapi..

padahal,sebenarnya Allah SWT telah memberi kita garis panduan untuk
mengecapi kebahagiaan dan segala bermula daripada redha Allah SWT .
perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam islam..
dengan berkahwin secara sah,perkara yang haram
akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin 
lebih membawa keburukan berbanding kebaikan

dan....
yang mcm awak mahukn..ehheemm.. 
awak mahukn kita bercinta selepas kahwin...mulianyar... 
awak btl2 ikhlas mahukn diri sy...
sy bersedia menjadi yang halal bwt awk...  
tk bule nk kata ap2 bile awk lamar sy....
mgkin sy dh bersedia... tp.. fmly sy... nk kn sy fokus pd stdy..
hope sudi untk menunggu sy... bile smpai tbe mse nye...
bimbing lah sy kearah kebaikan ye awak... =)

haaaa bile nur annoying rite...??
haaaa... bile nk ad rase cm tue erkkk... ihihihih...
berangan aje kau nur....
tapi tak salah an??? elok ap kawin muda skrg ney....
mengelakkan dri maksiat , dri mulut owg bercerita pasal kte an an.. haaa
nth ap2 aje... =)

Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)




terima kasih membaca ;)

Ya Allah jagalah cinta ku padanya...


Assalamualikum...
pejam celik... dh bulan 8..huuyyoooo... kejap nyer masa berlalu kan..??
skrg ney pun kte sbgai umat islam tgh smbut buln Ramadhan kn kn..
BTW.. selamat berpuasa yeee  ^___^
dh lme tk penuh kn entry ney.. meh.. sme2 kongsi2 crita.. =)

Jagalah cintaku kepadanya...
cinta itu perasaan jiwa semulajadi ..
 ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. 
ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana cinta...
insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh-sungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta..
 ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta...
 tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan
 cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu...
insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa...

 apa itu bukti cinta..??
cinta perlukan bukti... 
ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan
 atau menyerahkan apa saja yang kekasih kita mahu.. 
mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya..
sebenarnya anggapan itu tidak tepat..
jika kita beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada kita?
 benarkah dia cinta pada kita bila dia mahukan pengorbanan kita?
cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakan diri kekasih yang dicintai .. 
malah ia menjaga agar kekasih tetap suci
 dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

jika aku jatuh cinta,
cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu..
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu..
jika aku rindu,
rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..


ya Allah,
di kejauhan ini aku berada kini,
dihati terdetik rindu tiada terperi,
inginku hindari namun ia makin menghampiri...

ya Allah..
peliharalah hatinya untukku..
sebagaimana aku berusaha memelihara hatiku untuknya..
peliharalah pandangan matanya untukku..
sebagaimana aku berusaha memelihara pandangan mataku untuknya
peliharalah pergaulannya untukku..
sebagaimana aku berusha memelihara pergaulanku untuknya..

awak....
peritnya menahan sebuah rasa ini...
ku biarkan airmata terus menemani..
demi menjaga sekeping hati yang akan engkau miliki..

awak...
semoga DIA sentiasa melindungi..
aku dan dirimu di perhentian ini..
bersabarlah andaihati belum bersedia..
kerna kelak pasti hadirnya bahagia

insyaAllah.. ^___^
Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..





terima kasih membaca ;)

ujian daripada Allah


assalamualikum..
hye.... en.B... mcm dh lme tak update...
rasa mcm dh berhabuk pun ad.. hahaha .. btw..
bila hati berasa sedih... engkau lah en.B tmpt aq nk luahkn nya.. 
btl kn..manusia tidak pernah lekang dari ujian... ??!!
mesty semua pernah merasainyer bukn..?? 

kita setiap manusia yang Allah cipta sentiasa diberi ujian dari Allah atau masalah hidup.. 
tipu kan kalau Seseorang manusia tue tidak pernah ditimpa musibah..
setiap org diberi ujian yang tersendiri..
Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi alasan nyer tetap sama..
Allah memberi ujian tue kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,
 sama ada Allah hendak tambah iman kita atau 
hendak menguji sejauh mne keimanan kita..
dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita...
yang mendidik supaya tidak berputus asa dalam kehidupan..

Allah telah berkata dengan jelas didalam Al-Quran..
Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan kite..
 Allah tahu kita kuat hadapinya...
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kita...
tetapi Allah sangat sayang kan kita..
kita sebagai hambanya perlulah bersabar  dalam menghadapinya..
pasti Allah telah aturkan yang terbaik untuk dri kita ,
 kerana setiap yang berlaku ada hikmah nya....

jika rasa kecewa ,alihkan pandangan ke arah sungai ,
 airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya..
 dan jika berasa sedih,alihkan pandang mu ke arah langit,
sedarlah bahawa Allah sentiasa ad disisi kita..

maka berdoalah kepada Allah...
Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu kita ..
 jgn malu untuk merayu2, meminta2,memohon2, kpd Allah..
selalu diingatkan Allah tidak pernh jemu mendengar rintihan hambanya... 

dekatkn lah diri kita dengan Allah..
disamping  perlulah berdoa ,kita berusha  menyelesaikan masalah yang dihadapi..
mgkin ad yang merasai dri ini tidak kuat hendak hadapinya..
tetapi cuba lah untuk BANGUN!!!






terima kasih membaca ;)

kenapa kita kaum hawa mengalirkan airmata ??

assalamualikum.. hye guys... woowowo... dh lme tk update..
jengah2 en blog ney... (ecceehh..)  =)
 sekejap je an..dh msuk buln bru.. err..mkin terasa dri ney nk tua... 
wlucmane pun.. sy still 19thn oke.. hahaha =)
bukan pasal umur yang kita nak bahas kan... nnggeehh ^_^
eehheemm.. kte nk cte2.. knp kte kaum hawa mudah menangis..???

knp hti kaum hawa mudah tersentuh.. ?
Allah menciptakan kita org perempuan 9 perasaan 1 akal..
sebb tue kita selalu mengutamakn perasaan ketika menghadapi masalah.. btl kn??

so..tak hairan lah bila ad masalah hati kte mudah tersentuh..
sebak lalu mgalirkan air mata..
bukan sebb kita lemah..tpi dgn air mata lah kita meluahkan
segalanya ap yang terbuku dihati kita..

nak tau knp Allah menciptakn kita kaum hawa seorang yang istimewa..??
wanita diberikan bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia
dn isinya..dan kita dijadikan bahu yang nyaman dan menenangkan,
ketika dia harus menumpang kepala bayi yang sedang tidur.. =)

Allah memberikan kita kesabaran untk selalu memberikan
 perhatian dan kasih sayang pd keluarganya walaupun kita letih,
kita tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadang2
 menahan sakit namum kita tidak pernah mengeluh..

kita juga kaum hawa..
ialah sebagai semangat dan kekuatan kepada kaum adam,
ketika masa sulit yg dihadapinya.. 
bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki..
 kan tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung 
dah hati,agar iya selalu selamat dan tidak terluka,..?!!

...stu kekhususan yang Allah berikan pd kaum hawa ialah AIR MATA..!!
kerana dengan airmata kaum hawa boleh menumpahkan segala rasa,
perasaan nye ketika mereka memerlukan nya. bukan sebuah kelemahan
tapi air mata itu..air mata sebuah kehidupan..

lgi stu..doa kaum hawa lebih makbul daripada kaum adam..
kerana sifat penyayang yg lebih kuat daripada lelaki..
oleh itu.. wahai kaum Adam!!
jadi jgn kau sia2kan kami kaum hawa..
ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu seorang wanita..
jika kau melukai hati kami itu sama seperti kau melukai hati ibumu..

akhirnya... haaaa
kaum adam n kaum hawa dijadikan serba kekurangan 
itu lah sebab kita dijadikan saling melengkapi antara satu sama lain
segala amalan yang kita lakukan tetap akn dibalas walau sebesar zarah,.. =)





terima kasih membaca ;)

Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui =)



Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui.
 Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang
 sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.


Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, 
ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan 
orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. 
Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud,
 maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu,
 bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya.
 Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam,
 kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, 
tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA 
yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup.
Adakalanya kita mengalami sesuatu yang pahit.
Apa-apa pun yang terjadi
itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.
Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan
 yang telah digariskan oleh ALLAH.
Menerima apa-apa pun yang terjadi
 bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik.
 Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. 
Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya 
dan Insyaallah ia akan membimbing kita
 untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas
 dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, 
Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita.
 Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan
 dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. 
Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.
Buat sahabat yang sedang bersedih,
 kuatkanlah semangat,
 kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat
 dalam menjalani ujian dariNYA. 
Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat 
yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.
Selalulah berprasangka baik kepadaNYA 
dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita.
 Itu bererti kita termasuk
 dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. 
Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan,
 bukan sesuatu yang kita inginkan. 
Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan.
 Tidak mudah tetapi sangat sukar. 
Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha
 dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang,
 kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. 
Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami
seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 


Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.


terima kasih membaca ;)