Ya Allah jagalah cinta ku padanya...


Assalamualikum...
pejam celik... dh bulan 8..huuyyoooo... kejap nyer masa berlalu kan..??
skrg ney pun kte sbgai umat islam tgh smbut buln Ramadhan kn kn..
BTW.. selamat berpuasa yeee  ^___^
dh lme tk penuh kn entry ney.. meh.. sme2 kongsi2 crita.. =)

Jagalah cintaku kepadanya...
cinta itu perasaan jiwa semulajadi ..
 ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. 
ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana cinta...
insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh-sungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta..
 ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta...
 tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan
 cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu...
insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa...

 apa itu bukti cinta..??
cinta perlukan bukti... 
ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan
 atau menyerahkan apa saja yang kekasih kita mahu.. 
mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya..
sebenarnya anggapan itu tidak tepat..
jika kita beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada kita?
 benarkah dia cinta pada kita bila dia mahukan pengorbanan kita?
cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakan diri kekasih yang dicintai .. 
malah ia menjaga agar kekasih tetap suci
 dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

jika aku jatuh cinta,
cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu..
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu..
jika aku rindu,
rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..


ya Allah,
di kejauhan ini aku berada kini,
dihati terdetik rindu tiada terperi,
inginku hindari namun ia makin menghampiri...

ya Allah..
peliharalah hatinya untukku..
sebagaimana aku berusaha memelihara hatiku untuknya..
peliharalah pandangan matanya untukku..
sebagaimana aku berusaha memelihara pandangan mataku untuknya
peliharalah pergaulannya untukku..
sebagaimana aku berusha memelihara pergaulanku untuknya..

awak....
peritnya menahan sebuah rasa ini...
ku biarkan airmata terus menemani..
demi menjaga sekeping hati yang akan engkau miliki..

awak...
semoga DIA sentiasa melindungi..
aku dan dirimu di perhentian ini..
bersabarlah andaihati belum bersedia..
kerna kelak pasti hadirnya bahagia

insyaAllah.. ^___^
Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..





terima kasih membaca ;)