Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui =)



Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui.
 Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang
 sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.


Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, 
ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan 
orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. 
Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud,
 maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu,
 bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya.
 Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam,
 kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, 
tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA 
yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup.
Adakalanya kita mengalami sesuatu yang pahit.
Apa-apa pun yang terjadi
itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.
Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan
 yang telah digariskan oleh ALLAH.
Menerima apa-apa pun yang terjadi
 bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik.
 Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. 
Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya 
dan Insyaallah ia akan membimbing kita
 untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas
 dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, 
Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita.
 Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan
 dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. 
Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.
Buat sahabat yang sedang bersedih,
 kuatkanlah semangat,
 kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat
 dalam menjalani ujian dariNYA. 
Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat 
yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.
Selalulah berprasangka baik kepadaNYA 
dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita.
 Itu bererti kita termasuk
 dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. 
Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan,
 bukan sesuatu yang kita inginkan. 
Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan.
 Tidak mudah tetapi sangat sukar. 
Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha
 dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang,
 kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. 
Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami
seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 


Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.


terima kasih membaca ;)

♕ sahabat oo sahabat..

asalamualikum.. =)
haii korg.... haaah... jmp lg... msty boring asek jmp crita aq je ea..?? haa pduli ap aq heee...
sj nk bercerita kt cni... huhh..
ok..korg ap etu sahabat..?
owg yang mcm mane kte nk pggl dy tu sahabat..??!  
ad time kte sush n senag..? mcm tue ea..?
sush nk cri y btl2 ad dgn kte ble kte sng n sush.. tp dgn dunia skrg kte owg...
kwn nk wat ktwa..mmg ramai.. kwn ble kte sush atau sedih.. sush nk dpt kan..??
bak kata hanis<---pengalaman itu adalah pengajaran dalam hidup..
zaman skrg..byk kwn y mkn kwn..btl an..dpn nmpk baik...tp belakang kte.. 
Wallahu'alam...  tapii..
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN
Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. 
Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. 
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu:
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. 
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”. =)

 alhamdulillah aq mempunyai sahabt seperti mereka....sahabat yg sangat memahami n mereka sentiasa ad bersama aq..walau susah n senang..
semoga persahabatan kami semua berkekalan.. amin~
credit too---> nuraishah,hanis.anyys.piqa,mera.miemin,zira,alieya n faezah
sayang korang semua..

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, 
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, 
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, 
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
 ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi 
seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”  (",)



terima kasih membaca ;)

happy birthday...~


birthday boy... MUHAMMAD RAYYAN HAKEEM!
abg dah besar dah... sthu dh kn..? dah makin hnsome lh dye..~
mga abg jd ank y baik2..
ikt ckp ibu n papa ye..
sayang abg.. mmuaahh ^_^



terima kasih membaca ;)

bersangka baik terhadap ALLAH.. =)


Sesungguhnya Allah lah yang menciptakan cinta..
 Dan Dialah juga yang menghamparkan bahagia.. Dia yang mengutuskan duga, dan Dialah juga yang mengirimkan hampa.. 
Namun hakikatnya itu semua adalah bukti kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya, '
dan juga tanda menguji keimanan diri manusia terhadapNya.


Bukannya Dia tidak tahu betapa sedihnya hatimu, sengsaranya jiwamu,
 apabila bahagia yang dipinta namun penderitaan yang tiba. 
Bukannya Dia ingin menzalimi hamba-hambaNya sedangkan kita semua diciptakan untuk mengabdikan kepadaNya. 
Namun yang sebenarnya, semua itu ditakdirkan sebegitu kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hati yang pernah di'ratah' dengan kesedihan, jiwa yang di'baham' dengan penderitaan,
 akan ada satu masa pasti akan mencari tempat pergantungan, dan disitulah seorang hamba yang benar-benar beriman akan kembali kepadaNya dalam kehidupan.
 Dia mengetahui hati dan jiwa sebegini akan lebih dekat dan akrab denganNya dengan merintih dan memohon kepadaNya.

Kekadang Allah takdirkan ujian dan dugaan untuk menyedarkan 
kembali jiwa-jiwa yang lalai dan hati yang terleka agar kembali semula kepadaNya.
 Adakalanya musibah itu terjadi untuk menyedarkan jiwa dan hati diatas perbuatan-perbuatan kita

Betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah Ta'ala,
 tidak mengira tempat dan juga masa, setiap detik yang Dia ciptakan pasti ada rahmat dan hikmah yang terkandung disebaliknya.
 Namun hanya orang terbuka hatinya yang mampu mencari hikmat tersebut. 
Oleh itu, sucikanlah hati dan bersihkan jiwa, agar hati kita sentiasa terbuka dengan hidayahNya.

Usahlah berdukacita dengan kesusahan dan penderitaan, 
kerana disebaliknya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi dalam kehidupan. 
Dan janganlah juga terlalu bergembira dengan kebahagiaan dan kesenangan, kerana tidak mustahil disebaliknya sedang menanti diakhirnya penderitaan dan kesengsaraan.

Ingatlah, satu saat di hadapan, tidak mampu kita tafsirkan apa yang bakal berlaku,
 kerana setiap sesuatu dalam hidup ini,
 bukanlah satu kepastian di masa depan sebagaimana dalam sangkaan kita. Wallahu'alam.

(",).. kesusahan pasti akan menyusul kesenangan..(",

terima kasih membaca ;)

final exam...!!!

hhuuuhhh... tuut2... nk final dah...pent nyer.....!!! nk stdy2....
strt 14.11-habis 24.11 ney.... lmbt nyer abis... tak sabarnk blek gumah...
rindu mak ooooo
gud luck faah..!! gud luck kawan2!!! chaiyookkk...!!

terima kasih membaca ;)

selamat hari bapa....

asalamulaikum....
hey guy's... wah.... shat tak sume ney...?? huhuhu..
yuerp..isu hari ne iyalah... hari bapa...??!!
selamat hari bapa kpd bapa2 d seluruh dunia..



urm.. ney ayah aq...org y paling aq sayang..
dy lah sumber inspirasi ku... tmpt aq bermnja... tp iye dah tk ad lg...  :-(
walau ap2 pun..selamat hari bapa.... adik harap ayah d'tempat kn di golongan owg2 y beriman...
amin... adik sayang ayah..... love you....
Al-fatihah....

kepda kawan2 y msih ad bapa... sayangilah bapa korg selagi masih ad...
bg lah kejayan pd ibu jugk bapa korg....
ikut nasihat mereka....hargailah mereka.... key....

untk "abah" :) selamat hari bapa... moga abh happy selalu key.....
mybe aq leh tumpng rasa gembira bersama abh
time ksh krna leh tumpng kasih sayang pd abh.......

sayang ayah,..abah... n mak.... i love you all....
mmuuaacchhh... <3


terima kasih membaca ;)

selamat hari ibu....!!

asalmualikum...
hai...mkck2 pkck2...huhuhu ooohhyyeeehhh...nth pe2 je aq ne..
haaaa...yup...!!! actuly aq nk ucp an selamat hari ibu to my mother... 
 kalthom sahrul... i love u mum...

adik sayang mk...moga2 mk sihat2 selalu... adik sayang mak sgt2...
doakan adik berjaya..... n kpd y bergeler ibu...selamat hri ibu jugk..
mmmuuuccchhhhh...


terima kasih membaca ;)